Wednesday, June 26, 2019

ISSUANCE OF TICKET/S OR VOUCHER/S

RESERVATION AND TICKETING


1.GATHER RESERVATION AND TICKETING INFORMATION
2.EXECUTE RESERVATION ACTIVITIES
3.CONFIRMATION OF PAYMENT
4. ISSUANCE OF TICKET/S OR VOUCHER/S


PENERANGAN / INFORMATION :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menguasai pengetahuan dan kefahaman tentang kefahaman tentang sejarah ringkas tempahan dan maklumat tiketan dalam industri pelancongan.
           
  1.  JENIS JENIS TIKET

i)             TIKET PENERBANGAN

Dokumen yang dikeluarkan oleh sebuah pusat penerbangan atau agen perjalanan, untuk mengesahkan bahawa seseorang telah membeli kerusi penerbangan di pesawat terbang. Dokumen ini kemudian digunakan untuk mendapatkan pas naik pesawat. Kemudian dengan pas naik dan tiket ditunjukkan, penumpang diperbolehkan untuk naik pesawat.

Ada beberapa perkara yang perlu diperincikan berkenaan dengan penempahan harga tiket penerbangan supaya ianya menjadi lebih jelas dan telus. Di antara perkara tersebut ialah: -

·         Jumlah maksima sekali booking

Jumlah maksima sekali booking ialah 9 orang sahaja.

·         Harga sentiasa berubah

Jumlah harga tiket yang kami berikan di dalam quotation adalah berdasarkan pada harga semasa kami mengeluarkan quotation. Harga tiket penerbangan boleh berubah pada bila-bila masa. Sekiranya semasa booking harga adalah tidak sama (meningkat) berbanding dengan harga yang kami berikan di dalam quotation, maka anda terpaksalah menerima harga semasa tersebut dan sebarang penambahan kos akan ditanggung oleh peserta.

·         Jumlah maksima Bagasi

Jumlah maksima bagasi untuk setiap syarikat penerbangan adalah berbeza. Anda boleh membuat perkiraan - berapa kilo bagasi yang ingin anda beli semasa pergi dan berapa kilo semasa kembali.

Cabin Baggage/hand carry yang dibenarkan tidak melebihi 7KG. Manakala saiz beg tidak melebihi: 56mm x 36cm x 23cm diamiter. Penumpang  mesti pastikan saiz bagasi anda tidak melebihi dari yang dibenarkan. Ini kerana jika saiz bagasi melebihi dari yang dibenarkan, anda mungkin akan tidak dibenarkan membawa naik bagasi tersebut ke dalam pesawat. Saiz bagasi yang melebihi dari yang dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat (hand carry) boleh dimasukan ke dalam kargo (caj mengikut berat bagasi).

·         Perbezaan waktu

Ada sesetengah orang agak keliru berkenaan dengan waktu atau jam perjalanan bila melihat Tiket. Keadaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan waktu di antara Malaysia dengan negara yang ingin dikunjungi. Sebagai contoh Malaysia dengan Indonesia; waktu Malaysia adalah awal 1 jam berbanding dengan Indonesia. Sekarang kita lihat contoh waktu bertolak dan ketibaan antara Kota Kinabalu dengan Jakarta sebagai contoh.

Waktu perjalanan dari Kota Kinabalu ke Jakarta ialah: 2 jam, 40 minit

Waktu perjalanan dari Jakarta ke Kota Kinabalu ialah: 2 jam, 45 minit

Pergi: 5.10pm-6.50pm

Pulang: 7.20pm-11.05pm

Untuk contoh di atas: -

Waktu pergi (5.10pm adalah waktu Malaysia, manakala waktu sampai 6.50pm adalah waktu Indonesia)

Kalau dikira dengan waktu Malaysia ialah: 5.10pm - 7.50pm (2 jam, 40 minit)

Waktu pulang (7.20pm adalah waktu Indonesia, manakala waktu sampai 11.05pm adalah waktu Malaysia)

Kalau kira waktu Malysia ialah: 8.20pm - 11.05pm (2 jam, 45 minit)

Bila kita faham perbezaan masa dan waktu penerbangan tersebut, maka tiada kekeliruan lagi.

 ·         Pick-up seat

Untuk Hot Seat - tempat duduk lebih luas dan lebih selesa (di bahagian depan). Manakala Normal Seat adalah seat yang biasa sahaja.

Penumpang juga boleh untuk  membeli pick-up seat, namun kedudukan tempat duduk mungkin tidak berdekatan antara satu sama lain di antara ahli kumpulan anda. Sekiranya mempunyai kanak-kanak - anda mungkin boleh membeli Normal Seat supaya boleh duduk bersebelahan dengan anak-anak anda. Bagi bayi/infant - duduk satu seat dengan ibu.

·         Web check-in

Untuk Air Asia misalnya, setiap penumpang boleh membuat web check-in sendiri (14 sebelum berlepas dibenarkan buat web check in) untuk menjimatkan masa semasa di airport. Ianya mudah sahaja iaitu anda masuk ke laman web Air Asia(link is external) dan click pada menu "Web check-in" seperti gambar di bawah: -

Masukan "Departure city" dan seterusnya masukan "Booking number" anda. Seterusnya ikut sahaj arahan yang diminta. Setelah selesai, print Bording Pass dan Tiket anda.

Description: Image result for maksud tiket penerbangan


ii)            TIKET KERETA API

Di Malaysia, perkhidmatan keretapi yang disediakan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu di mana hanya destinasi-destinasi tertentu sahaja yang disediakan perkhidmatan ini.  Sebagai seorang Pegawai Penempahan  di Agensi Pelancongan,  anda seharusnya sentiasa berhubung dengan Bahagian Penempahan Keretapi Melayu Berhad untuk membuat sebarang penempahan. 

Perkhidmatan penempahan juga boleh dipraktikkan melalui penempahan secara berkomputer di mana agensi pelancongan boleh menggunakan sistem yang  sedia ada yang digunakan oleh syarikat penerbangan.  Namun, di Malaysia masih lagi belum dipraktikkan tetapi hanya penempahan melalui lisan dan juga bertulis sahaja.

Walaubagaimanpun, tatacara penempahan masih tetap diperlukan seperti biasa di mana maklumat-maklumat seperti berikut adalah dikehendaki di dalam membuat sebarang  tempahan :-

-       Nama penumpang dan kelas perkhidmatan
-       Jumlah tempat duduk
-       Tempat bertolak dan tempat destinasi
-       Tarikh dan masa bertolak
-       Nombor plat keretapi
-       Perjalanan sehala ataupun pergi dan balik
-       Nombor Telefon Agensi Pelancongan yang membuat tempahan.


Description: Image result for tiket kereta api


iii)           TIKET PELAYARAN

Kebanyakan leisure traveler menjual curise sama seperti menjual pakej pelancongan atau penginapan.

Selalunya dipanggil floating resort kerana semua kemudahan ada disediakan seperti pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman serta hiburan

Agen yang menjual pelayaran akan menentukan di mana pelanggan mereka suka belayar, tempoh masa dan juga budget.

Teknik yang digunakan untuk menentukan jumlah harga yang dikenakan bersesuaian atau tidak ialah dengan membandingkannya dengan pakej percutian di daratan.  Secara keseluruhannya proses berikut berlaku di dalam penempahan hotel, tour, cruise atau tempahan kereta sewa, iaitu:-

-       Jumlah pelanggan
-       Nama pelanggan
-       Alamat rumah dan pejabat
-       Tempat pergi dan balik cruise
-       Aktiviti yang dikehendaki
-       Cara bayararn – tunai, kad kredit atau cek
-       Deposit
-       Cruise memerlukan deposit semasa tempahan dan bayaran penuh dalam jangka masa beberapa hari atau sebelum berlepas.

Setelah semua maklumat mengenai pelanggan diperolehi, barulah boleh dihubungi syarikat perkapalan untuk membuat tempahan.

Memperkenalkan diri dan agensi anda

Kemudian menyatakan:-

-       nama kapal
-       tarikh belayar dan masa belayar
-       jumlah pelanggan/penumpang
-       kategori bilik yang diinginkan
-       tempat pergi dan balik
-       tempoh belayar
-       Nombor tempahan akan diberikan setelah pegawai tempahan mengesahkan kekosongan tempat.
-       Pembayaran akan dibuat sama ada melalui cek, kad kredit atau tunai.
Sistem tempahan berkomputer adalah satu kemajuan yang paling jelas di dalam perkhidmatan penerbangan. Perkembangan sistem tempahan ini menjangkau satu jangka waktu yang cukup panjang.

Image result for tiket pelayaran


iv)          TIKET MASUK

Sejenis baucar yang menandakan bahawa pemegangnya telah membayar untuk memasuki acara atau tempat seperti teater, pawagam, taman tema, zoo, muzium, konsert dan sebagainya, ataupun mendapat kebenaran untuk menaiki penghangkutan seperti kapal terbang, kereta api, bas atau bot, lazimnya kerana sudah membayar tambangnya. Namun begitu, tiket juga boleh didapati secara percuma serta dijadikan bukti tempahan.

Image result for maksud tiket masuk


  1. JENIS JENIS BAUCER


i)             Baucer makanan

Sejenis baucer yang diberikan secara percuma kepada pelanggan tanda inisiatif dan penghargaan kepada pelanggan yang berkunjung ke tempat jualan mereka. Mereka perlu menunjukkan saja baucer tersebut kepada premis makanan tersebut untuk mendapatkan makanan secara percuma.

Image result for baucer makanan

ii)            Baucer pengangkutan

Baucer yang akan diberikan kepada pelanggan dan pelanggan dapat menaiki pengangkutan secara percuma dengan hanya menunjukkan baucer tersebut.

iii)           Baucer pelancongan

Baucer pelancongan diberikan secara percuma kepada pelancong untuk menarik mereka datang ke premis pelancongan tersebut.


  1. TEKNIK PENGELUARAN DOKUMEN PERJALANAN

Terdapat tiga dokumen perjalanan iaitu :

i)             Dokumen perjalanan kumpulan

Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport merupakan Dokumen Perjalanan yang dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (had minima 5 hingga had maksima 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina dan Indonesia.

ii)            Dokumen gantian perjalanan

Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk membuat lawatan ke Sabah atau Sarawak sebagai alternatif kepada Pasport Malaysia dan Dokumen Perjalanan Terhad.

  
iii)           Dokumen perjalanan terhad

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.


  1. KAEDAH PENGHANTARAN DOKUMEN

i)             Emel

E-mel adalah kependekan daripada Elektronik Mel atau Surat elektronik yang menghantar maklumat dan fail melalui rangkaian komputer.  Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima masej melalui sistem komunikasi elektronik. ia merupakan satu kaedah komunikasi eksekutif yang efektif dalam era globalisasi.

ii)            Serahan

Sesuatu yang diserahkan secara berhadapan.

iii)           Pos

Pos adalah penghantaran perkhidmatan pintu ke pintu, dan pelanggan boleh memilih untuk menghantar dokumen atau bungkusan menggunakan perkhidmatan Serahan Sampai Esok, Serahan Sampai Hari Yang Sama, atau Serahan Waktu Tetap untuk kiriman dalam atau luar negara. 

  
SOALAN / QUESTIONS:

  1. Senaraikan EMPAT (4) jenis tiket.

   (i) _________________________________________________________________
   (ii) _________________________________________________________________
   (iii) _________________________________________________________________
  (iv) _________________________________________________________________
                                                                                                                          (4 markah)

  1. Nyatakan DUA (2) seat yang ada dalam penerbangan.

   (i) _________________________________________________________________
   (ii) _________________________________________________________________
                                                                                                                         (2 markah)

  1. Berikan TIGA (3) jenis baucer.

   (i) _________________________________________________________________
   (ii) _________________________________________________________________
  (iii) _________________________________________________________________
                                                                                                                         (3 markah)

  1. Nyatakan TIGA (3) teknik pengeluaran dokumen perjalanan.

(i)             _________________________________________________________________
     (ii)  _________________________________________________________________
    (iii)_________________________________________________________________
                                                                                                                          (3 markah)
  1. Berikan TIGA (3) kaedah penghantaran dokumen.

(i)            _________________________________________________________________
     (ii)  _________________________________________________________________
    (iii)_________________________________________________________________
                                                                                                                          (3 markah)

 RUJUKAN / REFERENCES:

  1. Edriana Sulastri Binti Mispan. (n.d). Basic Airline Ticketing HTM 1153. Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Perlis, Malaysia.

  1. Angelina Njegus (2013, July 19). Introduction to Computer Reservation System. Retrieved fromhttps://www.slideshare.net/AngelinaNjegus/lesson-3-from-computer-reservation-systems-to-global-distribution-system

  1. Marcorelano (2013, Oct 19). Flight Reservation and Ticketing System. Retrieved from https://www.slideshare.net/marcorelano/flight-reservation-and-ticketing-system-ppt

  1. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional  ( 2013 ). Kurikulum Standard Kolej Vokasional - Pelancongan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

  1. K. Khaairuddin, A. Norlili Juwita ( 2007 ). Asas Kemahiran Pelancongan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Muka Surat 60-66.

No comments:

Post a Comment