1. GATHER RESERVATION AND TICKETING INFORMATION
2. EXECUTE RESERVATION ACTIVITIES
3. CONFIRMATION OF PAYMENT
4. ISSUANCE OF TICKET/S OR
VOUCHER/S
PENERANGAN / INFORMATION
:
Pelancongan
di Malaysia merupakan salah satu sumber utama penjana ekonomi Negara
pembangunan dan kemajuan negara. Industri penerbangan telah menyumbang kepada
pendapatan ekonomi Negara serta memberi kemudahan rangkaian pengangkutan dalam
dan luar Negara.
- KAEDAH PEMBAYARAN
TEMPAHAN TIKET
Proses
akhir dalam urusniaga perkhidmatan antara pelanggan dan agen syarikat
penerbangan adalah membuat pembayaran secara langsung. Bayaran yang dibuat berdasarkan mekanisma
tertentu. Antara kaedah bayaran yang digunapakai oleh mana-mana wakli yang
dilantik oleh syarikat penerbangan atau syarikat penerbangan itu sendiri ialah:
·
Tunai
·
Online transfer
·
Kad kredit
·
Cek
·
Government warrant
·
Government local order
·
Kemudahan kredit
·
Baucer
·
Tebus mata
Pihak
syarikat agen pelancongan atau syarikat penerbangan akan menentukan dalam
borang penempahan tiket mengenai kaedah bayaran yang akan dijelaskan oleh
mana-mana pelanggan setelah berpuas hati
tentang perkhidmatan pengeluaran tiket.
·
Bayaran
Tunai
Bayaran
tunai membawa maksud wang ringgit dalam
mata wang sesebuah negara sebagai alat pertukaran sesuatu perkhdimatan yang diberi. Manakala bayaran dengan cek bermaksud
penggunaan cek sebagai alat pertukaran menggantikan wang untuk mendapatkan
sesuatu perkhidmatan.
Pada kebiasaannya,
tiket yang dibeli dari syarikat
penerbangan atau wakil agensi dikehendaki membayar harga tiket penuh walau pun
belum lagi melakukan perjalanan. Setiap
bayaran tunai oleh pelanggan akan dikeluarkan
sekeping resit bagi tujuan bukti pembayaran.
·
Online
transfer
Pembayaran
secara atas talian menggunakan internet seperti maybanku,cimbclick dan
sebagainya.Proses yang memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran tiket yang
ditempah.
·
Kad
kredit
Kad
kredit adalah satu bentuk pembayaran yang dibuat oleh seseorang pelanggan
kepada agensi pelancongan atau syarikat penerbangan menggunakan kad yang
diiktirafkan oleh IATA. Kad kredit
memberi kemudahan kepada pelanggan tanpa menggunakan wang dan secara tidak
langsung dapat menjamin keselamatan diri pelanggan.
Syarikat
kad kredit yang akan membayar secara langsung kepada mana-mana syarikat
pelancongan yang diarahkan oleh pelanggan.
Ini membawa maksud pelanggan yang
berhutang dengan syarikat kad kredit dan akan membayar jumlah tersebut
pada satu tempoh tertentu.
Antara
kad kredit yang paling terkenal di peringkat domestik dan antarabangsa ialah:
·
Universal Air Travel Plan
(UATP)
·
American Ekspress
·
Master Card
·
Diners Club
·
Standard Chartered
·
CEK
Cek
ialah perintah bertulis kepada institusi kewangan supaya membayar jumlah khusus
dalam sesuatu mata wang seperti yang dinyatakan.

·
Waran
kerajaan (Government warrant)
Terdapat 7 jenis waran kerajaan iaitu :
i)
Waran
Perbendaharaan (Treasury Warrant)
Suratkuasa
daripada Jurukira Agung kepada Pegawai Pengawal untuk melakukan perbelanjaan.
Waran ini berkuatkuasa bagi tahun kewangan mulai 1 April hingga 31 Mac tahun
berikutnya.
ii) Waran Hasil (Revenue
Warrant)
Suratkuasa
daripada Jurukira Agung kepada Pegawai Pengawal untuk melakukan pengutipan
hasil bagi kegiatan-kegiatan jabatan atau
kementerian. Waran ini berkuatkuasa bagi tahun kewangan mulai 1 April
hingga 31 Mac tahun berikutnya.
iii) Waran Pindah Peruntukan
(Virement Warrant)
Kebenaran
yang dipohonkan apabila pejabat itu mengkehendaki penambahan peruntukan yang
mana peruntukan itu akan dibiayai melalui akaun yang lain di bawah kawalan
jabatan atau kementerian yang sama.
iv) Waran Tambah Peruntukan
(Supplementary Warrant)
Kebenaran
yang dipohonkan apabila pejabat itu mengkehendaki penambahan peruntukan yang
mana peruntukan itu akan dibiayai melalui direct warrant atau contingency fund
(wang gagasan).
v) Waran Perjawatan (Establishment
Warrant)
Kebenaran
yang dipohonkan oleh jabatan atau kementerian (setelah skim perkhidmatan
diluluskan) bagi tujuan menambah jawatan atau mengubah gelaran jawatan.
vi) Waran Jabatan
(Departmental Warrant)
Suratkuasa
yang dikeluarkan untuk mendapatkan perkhidmatan dari jabatan lain dengan
penggunaan peruntukan jabatan sendiri.
vii) Waran Tuntutan Kewangan
(Financial Requisition)
Suratkuasa
yang dipohonkan untuk mengeluarkan dalam tahun kewangan peruntukan kewangan di
bawah tajuk yang termasuk di dalam angaaran-anggaran hasil dan perbelanjaan.
·
Government
local order
Menerima
bayaran dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.
Contoh
: Pniaga akan menerima bayaran mereka dalam tempoh 30 hari selepas pembeli
menerima barangan mereka.

·
Kemudahan
kredit
Kemudahan
kredit adalah memberi pinjaman kepada pemiutang. Terdapat beberapa jenis
pinjaman. Antaranya :
i)
Pinjaman pelajaran
- ditawarkan
oleh pihak kerajaan, agensi kerajaan dan organisasi swasta kepada pelajar kolej
atau universiti untuk membantu membiayai pelajaran tinggi mereka
ii)
Pinjaman peribadi
- ditawarkan
bagi kegunaan peribadi anda, bukannya pembelian berjumlah besar seperti rumah
atau kereta tetapi lebih kepada pembelian komputer peribadi atau bagi
perkahwinan anda.
iii)
Pinjaman kereta
- membeli
kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman sewa beli (Hire Purchase
– HP).
·
Baucer
pembayaran
Baucar
Pembayaran merupakan dokumen pengesahan perbelanjaan yang telah dibuat secara
tunai atau cek. Antara kegunan baucar pembayaran ialah pembayaran gaji pekerja.
Peniaga akan menyimpan dokumen salinan dan dokumen asal akan diberikan kepada
penerima pembayaran.

·
Tebus
mata
Tebus
mata adalah mata ganjaran yang terkumpul dan harus ditebus di syarikat
tertentu.
- BUKTI PEMBAYARAN
·
Slip
bank
Slip
bank digunakan apabila peniaga membuat simpanan ke dalam Akaun Semasa
perniagaan di dalam bank. Slip bank disediakan oleh bank dan peniaga menyimpan
slip bank asal. Urus niaga ini merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai di
mana wang tunai perniagaan dimasukkan ke bank.

·
Resit
tunai
Resit
merupakan dokumen bukti bayaran telah dibuat. Dokumen asal diberikan kepada
pembayar dan salinan disimpan oleh penerima bayaran. Pembayar akan menggunakan
resit asal untuk membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai.
Penerima bayaran akan menggunakan salinan resit untuk membuat catatan dalam
Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai.

·
Slip
pembayaran atas talian
Membuat
sesuatu pembayaran atas talian atas laman web yang telah ditetapkan. Kaedah ini
sangat berguna kerana ia jimat masa dan cepat.
SOALAN / QUESTIONS:
- Nyatakan
TIGA (3) kaedah pembayaran
tempahan tiket.
(i) _________________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________________
(iii) _________________________________________________________________
(3 markah)
- Nyatakan
DUA (2) kad kredit yang paling
terkenal di peringkat domestik dan
antarabangsa
(i)
_________________________________________________________________
(ii)
_________________________________________________________________
(2 markah)
- Berikan
DUA (2) bukti pembayaran.
(i)
_________________________________________________________________
(ii)
_________________________________________________________________
(2
markah)
RUJUKAN / REFERENCES:
1. AKPK, 2012, 2 June,
jenis-jenis pembayaran, https://www.akpk.org.my/content/482-jenis-jenis-pinjaman
2. Baucer
pembayaran, http://www.sabah.edu.my/csm07003/bab03/nota/ndok09baucar.htm
No comments:
Post a Comment