1. GATHER RESERVATION AND TICKETING INFORMATION
2. EXECUTE RESERVATION ACTIVITIES
3. CONFIRMATION OF PAYMENT
4. ISSUANCE OF TICKET/S OR
VOUCHER/S
PENERANGAN / INFORMATION
:
Pelancongan
di Malaysia merupakan salah satu sumber utama penjana ekonomi Negara
pembangunan dan kemajuan negara. Industri penerbangan telah menyumbang kepada
pendapatan ekonomi Negara serta memberi kemudahan rangkaian pengangkutan dalam
dan luar Negara.
- SISTEM PENEMPAHAN
1.1 Computer Reservation System(CRS)
Perkembangan Sistem Tempahan Berkomputer
Tahun
|
Perkembangan
|
1930-an
|
ENIAC (Electronic Integrator, Analyser &
Calculation) diperkenalkan oleh pihak tentera Amerika bagi memudahkan tugasan
merekod pembahagian tentera yang menggunakan pengangkutan udara.
|
1950-an
|
Beberapa syarikat penerbangan awam di Amerika
mulakan sistem penyimpanan maklumat penerbangan di dalam mikrofilem. Maklumat
yang disimpan tertumpu kepada maklumat syarikat itu sendiri sahaja.
|
1970-an
|
Sistem tempahan berkomputer mula diperkenalkan.
Sistem direka untuk kegunaan syarikat itu sendiri iaitu bagi memproses
tempahan dan tiketan produk yang ditawarkan. Contohnya, American Airlines
merekacipta sistem SABRE.
|
1980-an
|
Setiap syarikat penerbangan utama mempunyai sistem
tersendiri dan setiap sistem mempunyai fungsi dan peranan yang hampir sama.
Maka, kebanyakan syarikat penerbangan bersetuju untuk mewujudkan sistem yang
saling berhubungan bagi memudahkan pengguna dan memperluaskan pasaran.
Contohnya, WORLDSPAN adalah gabungan DATAS dari Delta Airlines dan PARS dari
Trans World Airlines.
|
Gabungan sistem tempahan ini yang digunakan sehingga ke hari ini. Antara
sistem tempahan berkomputer yang wujud ialah KOMMAS, AMADEUS, GALILEO, ABACUS, AXESS dan sebagainya.
i)
Maklumat ringkas sistem tempahan berkomputer:
- AMADEUS
AMADEUS merupakan sistem tempahan yang terawal di
Eropah. Sistem ini dihasilkan oleh beberapa syarikat penerbangan seperti
Lufthansa, Air France, Iberia dan SAS (Scandinavian Airlines System).
Pemprosesan maklumat untuk sistem ini dilakukan di Munich.

- WORLDSPAN
Sistem ini diwujudkan dengan menggabungkan sistem
seperti “System One”, PARS dan DATAS. “System One” adalah sistem yang digunakan
untuk syarikat penerbangan Eastern Airlines, PARS diperkenalkan oleh Trans
World Airlines (TWA), DATAS digunakan oleh Delta Airlines dan APOLLO diwujudkan
oleh United Airlines. WORLDSPAN merupakan sistem yang banyak digunakan di
kawasan IATA 1 yang meliputi benua Amerika.

- GALILEO
British Airways, KLM, Swissair dan COVIA telah
menghasilkan sistem GALILEO. COVIA merupakan sebuah syarikat yang menguruskan
hal berkaitan automasi tiketan di Amerika. Galileo adalah sebuah sistem yang
kegunaanya merentasi ketiga-tiga kawasan IATA.
Sistem Galileo berpusat di Amerika Syarikat dan merupakan sistem yang
mudah dikendalikan.

- ABACUS
ABACUS diperkenalkan penggunaan di sekitar pertengahan
1980-an. Sistem ini dihasilkan melalui usahasama 4 syarikat penerbangan yang
termaju di Asia iaitu, Singapore Airlines, Cathay Pacific , China Airlines dan
Royal Brunei Airways. ABACUS merupakan sistem yang berasaskan teknologi
daripada sistem PARS.

- KOMMAS
KOMMAS adalah sistem tempahan terpusat yang digunakan
oleh Syarikat Penerbangan Malaysia. Proses tempahan yang menggunakan sistem ini
hanyalah tertumpu kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Penerbangan
Malaysia sahaja.


1.2 Global
Distribution System
GDS merupakan singkatan dari Global Distribution
System yaitu merupakan sistem database terpadu yang berisi kumpulan informasi
penerbangan dan reservasi dari berbagai maskapai penerbangan. Jadi melalui satu
pangkalan data ini anda dapat melihat banyak jadwal penerbangan, harga tiket,
sekaligus pilihan maskapai yang beragam. Sistem ini biasa didistribusikan
kepada para agen travel yang menjual tiket pesawat.
1.3 Tanpa
Talian
- Walk in
- Telefon
- Fax
- Emel
- TEKNIK PENGESAHAN TEMPAHAN
Proses untuk membina fail tempahan perlulah dilakukan
dengan memasukkan data-data yang berkaitan dengan penumpang. Proses membina
fail tempahan dikira lengkap apabila maklumat-maklumat berikut dimasukkan ke
dalam sistem:-
2.1.
RUJUKAN TEMPAHAN,HARGA DAN SEBUT HARGA
a) Passenger name record (PNR)
PNR (Passanger Name Record) berfungsi untuk memberi
kebenaran kepada agensi-agensi pelancongan untuk mengambil alih hakmilik Rekod
Nama Penumpang (PNR) yang telah diwujudkan oleh syarikat penerbangan.
Senario
1:-
Keadaan ini berlaku apabila penumpang membuat tempahan
secara terus ke syarikat penerbangan tetapi kemudiannya mendapatkan tiket
penerbangan di agensi-agensi pelancongan. Untuk mencetak tiket tadi
agensi-agensi pelancongan akan meminta apakah PNR. PNR ini hanya akan diberikan
oleh syarikat penerbangan apabila status tempahan adalah sah (confirm).
Senario
2:-
Penumpang mahu membuat tempahan dari Kuala Lumpur ke
London dengan menggunakan agensi pelancongan yang kecil, di mana tiket tidak
boleh dicetak. Jadi apabila tempahan disahkan dan dihantar kepada syarikat
penerbangan status pengesahan (confirm) telah diberikan kepada agensi
pelancongan maka, syarikat penerbangan akan mengeluarkan PNR bagi penumpang
tersebut. Pembayaran boleh dibuat di agensi tadi dan resit serta PNR akan
diberikan kepada penumpang. PNR itu akan diberikan kepada syarikat penerbangan
untuk melihat rekod penumpang tersebut dan mencetak tiketnya. Setiap penumpang adalah mempunyai PNR
yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
b) Remark
Satu pernyataan ringkas tentang maklumat tiket
penerbangan yang dicatatkan dalam dalam tiket penerbangan.
- RUJUKAN PENEMPAHAN,
HARGA DAN SEBUT HARGA
i.
Rujukan
Penempahan (Booking reference)
Rujukan
tempahan, juga disebut sebagai PNR atau Locator Locator, adalah pengecam
dalaman syarikat penerbangan untuk tempahan penerbangan penumpang dalam sistem
komputer mereka.

ii.
Harga
(Pricing)
Menetapkan
harga atau mendapatkan harga sesuatu tempahan dari sesebuah syarikat atau
majikan.
iii.
SebuT
Harga (Quotation)
Anggaran
kos (ttg sesuatu barangan atau perkhidmatan) yang diberikan kepada bakal
pembeli atau bakal pelanggan. Menyebut harga menyatakan atau memberikan sebut
harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan

SOALAN / QUESTIONS:
1.Senaraikan TIGA (3)
maklumat ringkas penempahan sistem berkomputer.
(i) _________________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________________
(iii) _________________________________________________________________
(3 markah)
2.berikan maksus
ringkas tentang Global Distribution
System.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
(3 markah)
3.Berikan DUA (2) sistem
penempahan secara tanpa talian.
(i)
_________________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________________
(2 markah)
4.Terangkan secara
ringkas rujukan penempahan, harga dan sebut harga.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
(6
markah)
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Edriana Sulastri
Binti Mispan. (n.d). Basic Airline Ticketing HTM 1153. Kolej Antarabangsa
Teknologi & Profesional Perlis, Malaysia.
2. Angelina Njegus
(2013, July 19). Introduction to Computer Reservation System. Retrieved
fromhttps://www.slideshare.net/AngelinaNjegus/lesson-3-from-computer-reservation-systems-to-global-distribution-system
3. Marcorelano
(2013, Oct 19). Flight Reservation and Ticketing System. Retrieved from
https://www.slideshare.net/marcorelano/flight-reservation-and-ticketing-system-ppt
4. Bahagian
Pendidikan Teknik Vokasional ( 2013 ).
Kurikulum Standard Kolej Vokasional - Pelancongan, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur.
5. K. Khaairuddin,
A. Norlili Juwita ( 2007 ). Asas Kemahiran Pelancongan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, Muka Surat 60-66.
No comments:
Post a Comment